CLICK TO FOLLOW

Monday, January 30, 2012

LDP Mencanting Batik



Bismillahirrahmanirrahim… Pada 28 Januari 2012, Sk Sungai Rapat telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan. Aktiviti mencanting batik telah dilaksanakan oleh guru-guru. Berpandukan tunjuk ajar daripada Cikgu Razak, Alhamdulillah, semua guru dapat menyiapkan batik masing-masing.

Kebanyakannya telah memilih motif flora seperti bunga dan fauna seperti ikan. Setelah diberi penerangan, guru-guru tekun melakar, mencanting, seterusnya mewarna. Namun oleh sebab kesuntukan masa, batik yang telah siap diwarna, dapat direndam selama satu jam sahaja di dalam pemati warna. Batik kemudiannya direbus bersama serbuk soda untuk menanggalkan lapisan lilin.

Walaupun proses membuat batik canting agak memenatkan, aktiviti ini berjalan dengan baik kerana semua guru saling membantu dan bekerjasama.





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates