CLICK TO FOLLOW

Monday, March 26, 2012

Pokok Tapak Tangan



Bismillahirrahmanirrahim. Kali ini pelajar Sk. Sungai Rapat diminta menghasilkan “Pokok Tapak Tangan”. Aktiviti ini sangat mudah, namun memerlukan penguasaan kemahiran psikomotor halus. Pelajar perlu menggunting dengan berhati-hati supaya mendapat daun yang kemas dan cantik.




Thursday, March 8, 2012

Poster Prosedur Keselamatan Bilik Komputer


Bismillahirrahmanirrahim. Baru-baru ini ada seorang cikgu meminta pertolongan saya untuk membuat sebuah poster mengenai “Prosedur Keselamatan Bilik Komputer”. Alhamdulillah, akhirnya poster tersebut berjaya saya siapkan. Inilah hasil yang mampu saya siapkan dalam masa beberapa hari.

Tuesday, March 6, 2012

Jalinan Pada Imej Belon



Bismillahirrahmanirrahim. Antara aktiviti pendidikan seni sekolah rendah yang boleh dijalankan ialah mendapatkan jalinan pada imej belon yang terlebih dahulu dilukis. Kesan jalinan sentuh boleh diperoleh daripada pelbagai objek buatan manusia dan semulajadi. Contohnya tapak kasut, dinding, cermin tingkap, duit syiling, batu dan sebagainya.

Monday, March 5, 2012

Meja Makan




Bismillahirrahmanirrahim. Aktiviti seni kali ini ialah membuat meja makan. Pelajar bebas menghasilkan pelbagai jenis makanan untuk ditampal di atas pinggan mereka, mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti seni ini akan lebih menarik sekiranya pelajar dapat menggunakan kertas warna pelbagai warna.



Baju Batik


Bismillahirrahmanirrahim. Batik adalah salah satu seni warisan melayu tradisional. Ia turut diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni sekolah rendah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membuat baju batik origami. Murid-murid terlebih dahulu diminta untuk mewarna corak batik, seterusnya melipat kertas tersebut menjadi baju. Mereka akan bersemangat untuk melihat hasil akhir mereka.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates