CLICK TO FOLLOW

Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Sk. Sg. Rapat


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, pada tanggal 11hb Februari 2012, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah mengadakan sambutan Malulidur Rasul peringkat sekolah. Walaupun berlangsung pada hari Sabtu, majlis tetap meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa.

Tanpa komitmen daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat, majlis ini mungkin tidak akan berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada barisan ustaz dan ustazah, terutamanya Ustaz Anas dan Ustaz Hafizi yang telah bertungkus lumus menjayakan perjalanan program. Tidak lupa juga kepada Cikgu Shariman yang telah melatih kumpulan nasyid sekolah. Sesungguhnya penat lelah para guru dalam menjayakan program, tidak pernah mengharapkan simpati dan balas. Cukuplah agar anak didik Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat menjadi seorang Islam yang berjaya, dunia dan akhirat.







Friday, February 10, 2012

Gosokan Pada Imej Kura-Kura



Bismillahirrahmanirrahim. Aktiviti seni pada kebiasaannya perlu dirancang dengan lebih awal dari segi persediaan alat dan bahan. Oleh itu, ini merupakan salah satu aktiviti seni yang termampu dilaksanankan apabila mendapat kelas ganti bagi subjek pendidikan seni pada awal pagi… :) Murid-murid diminta mendapatkan jalinan dengan membuat gosokan pada permukaan kasar. Aktiviti ini lebih sesuai dilaksanakan di luar bilik darjah.

Friday, February 3, 2012

Burung Nilai Murni



Bismillahirrahmanirrahim. Burung Nilai Murni merupakan salah satu aktiviti pengisian kurikulum PSV sekolah rendah. Disamping mendapat keseronokan, murid-murid ditegaskan dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini turut dapat menyumbang kearah pembangunan kemahiran membuat rumusan bagi subjek Bahasa Melayu iaitu dalam bahagian penulisan, dimana murid-murid dikehendaki mencari nilai dan pengajaran berdasarkan teks.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates