CLICK TO FOLLOW

Monday, March 5, 2012

Baju Batik


Bismillahirrahmanirrahim. Batik adalah salah satu seni warisan melayu tradisional. Ia turut diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni sekolah rendah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membuat baju batik origami. Murid-murid terlebih dahulu diminta untuk mewarna corak batik, seterusnya melipat kertas tersebut menjadi baju. Mereka akan bersemangat untuk melihat hasil akhir mereka.

Wednesday, February 22, 2012

Resis Pada Baju





Bismillahirrahmanirrahim. Resis merupakan salah satu aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan. Pelajar diminta membuat corak pada baju dengan menggunakan lilin, seterusnya mereka diminta mewarna dengan warna air. Bancuhan warna haruslah cair bagi memastikan corak yang dihasilkan jelas kelihatan.





Thursday, February 16, 2012

Kolaj Cendawan



Bismillahirrahmanirrahim. Murid-murid sekolah rendah mungkin sudah terlalu biasa membuat kolaj pada gambar buah-buahan atau ikan. Kali ini, murid-murid berpeluang membuat kolaj pada gambar cendawan yang mereka hasilkan. Untuk menjimatkan masa, dan bagi mengelakkan mereka menjadi letih dan bosan, tampalan kertas warna hanya dibuat pada tompokan cendawan.




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates