CLICK TO FOLLOW

Monday, September 3, 2012

Origami Penyu


Bismillahirrahmanirrahim. Aktiviti seni kali ini yang ingin saya kongsikan ialah origami penyu. Murid diminta membuat lipatan dan guntingan dengan tepat dan kemas. Seterusnya, murid perlu membuat hiasan pada cengkerang. 


Monday, August 13, 2012

Mewarna Gambar Kucing

Bismillahirrahmanirrahim. Aktiviti kali ini ialah mewarna gambar kucing. Murid dikehendaki mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Di bawah adalah antara hasil kreatif murid-murid tahun 4.




Thursday, August 2, 2012

Poster Budi Bahasa Budaya Kita


Bismillahirrahmanirrahim. Baru-baru ini, murid-murid pendidikan moral dikehendaki menyiapkan poster yang bertemakan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’. Amalan  menggunakan bahasa yang sopan sememangnya perlu diterapkan dalam diri dan dihayati sejak di bangku sekolah lagi. Ini kerana budi bahasa yang baik mencerminkan keperibadian…

Wednesday, July 18, 2012

Poster Anti Dadah



Bismillahirrahmanirrahim. Dadah membawa padah. Sebagai mana ungkapan, begitulah juga sengsaranya kehidupan seorang penagih. Murid-murid diminta melukis sebuah poster anti dadah. Diharapkan generasi muda akan datang tidak akan terpengaruh dengan dadah, InsyaAllah.

Tuesday, July 3, 2012

Seni Itu Menyeronokkan


Assalamualaikum… Seronok nampaknya bergambar. Kalau buat kerja seni dengan kemas dan bersungguh-sungguh, insyaAllah cikgu semadikan dalam blog PSV SKSR… :)





Sunday, July 1, 2012

Titisan Polka Dot



Bismillahirrahmanirrahim. Aktiviti seni yang ingin dikongsikan kali ini ialah titisan. Kawalan guru amat penting kerana aktivuti ini menggunakan lilin. Untuk mendapat hasil seni yang lebih cantik, bolehlah membuat beberapa lapisan warna yang berbeza.



Monday, May 21, 2012

Kad Ucapan Bertangga


Bismillahirrahmanirrahim. Aktiviti seni yang ingin saya paparkan kali ini ialah membuat kad ucapan. Murid-murid diminta membuat sebuah kad ucapan bertemakan hari ibu, hari guru, dan sebagainya. Namun aktiviti ini memerlukan penerangan yang jelas daripada guru dan tahap kesabaran murid yang tinggi. Selain itu, murid-murid perlu menguasai kemahiran psikomotor halus. Hal ini kerana, bagi menghasilkan kad ucapan ini, memerlukan ketelitian dan ketepatan. Aktiviti ini sesuai dijalankan terhadap murid-murid tahun lima dan enam.

Monday, May 7, 2012

Gurisan



Bismillahirrahmanirrahim. Dengan menggunakan warna krayon, murid-murid diminta mewarna, seterusnya menghasilkan gambar pemandangan dengan teknik gurisan.

Saturday, April 21, 2012

Tiupan


Bismillahirrahmanirrahim. Aktiviti seni kali ini ialah tiupan. Dengan menggunakan straw, murid diminta menghasilkan gambar sebatang pokok. Aktiviti ini memerlukan murid-murid untuk berdisiplin dan mematuhi arahan guru. Ini bagi mengelakkan warna air tertumpah pada meja dan pakaian.

Friday, April 20, 2012

Pokok Kapas




Bismillahirrahmanirrahim. Dengan menggunakan kapas, murid diminta membuat daun pada sebatang pokok. Kapas tersebut kemudiannya diwarna supaya kelihatan lebih menarik.

Wednesday, April 18, 2012

Wayang Kulit




Bismillahirrahmanirrahim. Antara kraf unik yang terdapat di Negara kita ialah wayang kulit. Seni warisan yang berasal dari bumi Kelantan ini perlu dikekalkan supaya generasi akan datang dapat turut sama mengetahui dan merasai keunikannya.




Monday, April 9, 2012

Kuda Kepang


Bismillahirrahmanirrahim. Kuda kepang adalah salah satu permainan tradisional yang terkenal di Negeri Johor. Murid-murid diberi kebebasan untuk membuat hiasan pada kuda kepang mengikut kreativiti masing-masing.


Monday, April 2, 2012

Burung Kesyukuran






Bismillahirrahmanirrahim... Selain dapat melibatkan diri dengan aktiviti seni yang menyeronokkan, murid-murid diajak berfikir untuk mensyukuri nikmat yang diperoleh dalam hidup. Murid-murid diminta menulis ayat-ayat kesyukuran seperti, “ saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia, saya bersyukur kerana mempunyai ibu yang penyayang, dsb”.

Monday, March 26, 2012

Pokok Tapak Tangan



Bismillahirrahmanirrahim. Kali ini pelajar Sk. Sungai Rapat diminta menghasilkan “Pokok Tapak Tangan”. Aktiviti ini sangat mudah, namun memerlukan penguasaan kemahiran psikomotor halus. Pelajar perlu menggunting dengan berhati-hati supaya mendapat daun yang kemas dan cantik.




Thursday, March 8, 2012

Poster Prosedur Keselamatan Bilik Komputer


Bismillahirrahmanirrahim. Baru-baru ini ada seorang cikgu meminta pertolongan saya untuk membuat sebuah poster mengenai “Prosedur Keselamatan Bilik Komputer”. Alhamdulillah, akhirnya poster tersebut berjaya saya siapkan. Inilah hasil yang mampu saya siapkan dalam masa beberapa hari.

Tuesday, March 6, 2012

Jalinan Pada Imej Belon



Bismillahirrahmanirrahim. Antara aktiviti pendidikan seni sekolah rendah yang boleh dijalankan ialah mendapatkan jalinan pada imej belon yang terlebih dahulu dilukis. Kesan jalinan sentuh boleh diperoleh daripada pelbagai objek buatan manusia dan semulajadi. Contohnya tapak kasut, dinding, cermin tingkap, duit syiling, batu dan sebagainya.

Monday, March 5, 2012

Meja Makan




Bismillahirrahmanirrahim. Aktiviti seni kali ini ialah membuat meja makan. Pelajar bebas menghasilkan pelbagai jenis makanan untuk ditampal di atas pinggan mereka, mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti seni ini akan lebih menarik sekiranya pelajar dapat menggunakan kertas warna pelbagai warna.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates